Pentaksiran Tingkatan Tiga

Pentaksiran Tingkatan Tiga (Jawi: ڤنتکسيرن تيڠکتن تيݢ ), atau diperkenalkan dengan nama singkatannya PT3, merupakan sebuah pentaksiran sumatif untuk menilai pencapaian akademik murid pada peringkat menengah rendah.[1] PT3 ialah sebuah penilaian yang digunakan untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah yang telah dijalankan sejak tahun 1993. Pentaksiran ini mencakupi skop sukatan pelajaran dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran berkenaan. Namun, Pentaksiran Tingkatan Tiga diumumkan dalam keadaan yang agak tergesa, iaitu dalam tempoh beberapa bulan sebelum pentaksiran itu dijalankan buat pertama kalinya pada tahun 2014 bermula bulan Julai sehingga bulan Oktober pada tahun yang sama. Pada tahun 2017, bermulanya silibus baru bagi kumpulan murid 2004 dimana terdapat beberapa silibus tingkatan 3,4,5, yang telah diawalkan dan menjadikan silibus semakin sukar.Terdapat empat ujian yang hendak dilakukan oleh calon-calon iaitu kerja khusus untuk mata pelajaran Geografi, Sejarah, Reka Bentuk Teknologi dan Asas Sains Komputer, ujian lisan bertutur dan ujian mendengar untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, serta ujian bertulis untuk mata pelajaran selanjutnya.Pengumuman keputusan Peperiksaan PT3 2019 akan diumumkan pada Disember 13 2019 Setiap calon PT3 2019 boleh mendapatkan keputusan PT3 di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pentaksiran Tingkatan Tiga http://news.abnxcess.com/bm/2014/12/beri-peluang-l... http://www.astroawani.com/news/show/keputusan-pt3-... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsperspe... http://www.cikguhailmi.com/2013/12/ppmr-ganti-pmr-... http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2... http://www.malaysiakini.com/news/257444 http://didikmalaysia.com.my/bm/?page_id=527 http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://www.sinarharian.com.my/nasional/guru-tak-pe... http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-ak...